PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

Maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan pencapaian kecemerlangan pendidikan dengan memberi kemudahan untuk perkembangan dan penyuburan potensi ke tahap yang optimum dalam bidang kurikulum , kokurikulum, displin dan sahsiah selari dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara serta Wawasan 2020 melalui :-

  • Menyediakan kemudahan ICT kepada setiap murid-murid dan guru-guru.
  • Memastikan setiap peralatan ICT dalam keadaan baik dan dapat digunakan ketika diperlukan.
  • Menyediakan khidmat latihan dan tunjuk ajar mengenai ICT kepada semua guru,murid dan kakitangan.
  •  Sebagai pusat pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi guru-guru.
  • Pusat Portal Maklumat bagi semua guru dan murid.

PERKHIDMATAN

Perkhidmatannya adalah secara menyeluruh dengan melibatkan penyertaan seluruh organisasi sekolah dengan semangat kekitaan dan rasa keupayaan yang kental dan mendalam. Di samping itu juga, ia dapat menerapkan dan membekalkan seberapa banyak ilmu dan sumber-sumber lain kepada warga sekolah ini.