PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

  • Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru
  • Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.
  • Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.
  • Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.
  • Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.
  • Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan Makmal Komputer.
  • Semua pengguna dikehendaki mencatat maklumat penggunaan ke dalam buku log / rekod penggunaan makmal komputer.
  • Pengguna dilarang melayari Internet melalui pautan kepada alamat-alamat yang melampau / tidak bermoral.
  • Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurausenda, bertengkar dan bergaduh dalam makmal komputer.
  • Pengguna komputer dilarang membuat sebarangpengubahsuaian ke atas sambungan wayar di komputer.
  • Pengguna dilarang membawa masuk sebarang perisian luarke dalam makmal kecuali dengan izin guru bertugas.
  • Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
  • Jika terdengar sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru yang bertugas di makmal komputer.
  • Pastikan kedua-dua pintu masuk tidak berkunci semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.